cara buat kek oren

Kebanyakan kek dibuat dengan menggunakan butter, tapi kami dapat tahu ada cara buat Kek Oren yang tak perlukan butter sekalipun.

Kek Oren sudah menjadi kegemaran ramai sejak zaman datuk nenek kita lagi, jadi sesiapa yang berasal dari kampung pasti teringat nostalgia lama jika makan kek ini.

Selain kuih goreng, ramai yang suka makan Kek Oren sebagai pencuci mulut pada waktu petang dan ia bertambah nikmat jika dicicah dengan kopi atau teh.

Cara buat Kek Oren yang dikongsikan oleh ekyshh di Lemon8 ini sangat menarik tanpa menggunakan butter. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Sarang Semut Kukus, Boleh Buat Sarapan Atau Minum Petang

CARA BUAT KEK OREN YANG MUDAH

cara buat kek oren

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah oren
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur (gred A atau B)
  • 1½ cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri (ayak)
  • 1 sudu makan sunquick (tambahan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayakkan tepung terlebih dahulu, kemudian ketepikan.

2. Cuci buah oren, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah oren kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

3. Masukkan potongan buah oren bersama kulitnya ke dalam pengisar bersama minyak masak, telur dan gula, kemudian kisar selama 5 minit atau sehingga warna bertukar menjadi kuning lembut.

4. Setelah semua bahan sudah kembang, boleh masukkan ke dalam tepung yang kita ayak tadi. Kaup balik guna spatula saja sehingga sebati, kemudian bolehlah tuang ke dalam loyang.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 120ºC selama 40 minit atau mengikut suhu oven masing-masing. Siap untuk dinikmati!

cara buat kek oren

Cara buat Kek Oren ini sangat mudah tanpa butter, orang yang tak pandai buat kek pun boleh dapat hasil menjadi dengan resipi ini.

Jika tak suka manis, anda boleh kurangkan gula tapi jangan kurang sangat sebab takut rasanya terlalu tawar pula nanti.

Sebagai tambahan, anda boleh letak sedikit pewarna supaya Kek Oren nampak lebih cantik. Namun, hasilnya akan kelihatan lebih asli tanpa pewarna.

Selamat mencuba!

Sumber: ekyshh

Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN