kek milo 3 bahan

Hujung minggu nanti jom buat Kek Milo 3 bahan ini untuk anak-anak. Mudah sangat nak buat, hanya guna 3 bahan pula tu!

Yang penting, tak perlu guna tepung pun. Tapi hasil kejadiannya tetap gebu dan lembut. Jom buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Noriza Awang Hamat di bawah.

Resipi Kek Milo 3 Bahan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan milo
  • 4 biji telur
  • 2 sb susu pekat

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan, tuangkan ke dalam mangkuk kaca. Kukus selama 1 jam.

2. Tutup dengan penutup mangkuk kaca sebelum tutup bekas pengukus. Supaya air tidak menitik atas kek yang akan menyebabkan kek bantat dan tak naik. (tak perlu balut dengan kain)

3. Selamat mencuba!

Hiaskan dengan topping pilihan masing-masing.

Kredit: Noriza Awang Hamat

Baca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN