Categories: Resipi

Tips Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Bila Makan Tak Cukup Satu!

Siapa di sini peminat karipap? Hari ini, MyResipi nak kongsi cara buat karipap sardin yang pasti buat anda terliur! Karipap ini sedikit berbeza kerana kulitnya berjerawat dan berlubang-lubang, namun ia ada penggemarnya tersendiri.

Setiap orang ada cita rasa masing-masing. Ada yang lebih suka karipap licin dan mulus, sementara ada juga yang lebih menggemari karipap berjerawat ini.

Selain itu, ia bukan sahaja sedap, tetapi ada tekstur yang unik ketika dimakan. Dengan isi sardin yang lazat di dalamnya, ia pasti akan memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Kalau nak tahu, cara membuatnya tidaklah sukar mana. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang ringkas, anda juga boleh menghasilkan karipap sardin yang sedap ini di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Yang Sangat Mudah, Serius Sedap & Confirm Jadi!

CARA BUAT KARIPAP SARDIN RANGUP

Bahan-bahan:

Jika ingin membuat lebih banyak, boleh gandakan sukatan.

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung dan garam ke dalam bekas, kemudian gaul hingga sebati.
  2. Buat lubang di tengahnya dan tuang minyak panas. Kacau hingga tepung dan minyak bercampur dengan baik. Jangan gunakan tangan pada peringkat ini.
  3. Setelah itu, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga adunan menjadi licin.
  4. LRehatkan adunan selama setengah jam hingga sejam sebelum memulakan proses mengelim karipap.
  5. Resipi sardin untuk inti mengikut cara tersendiri. Tapi pastikan sedikit kering.
  6. Pastikan semua karipap telah dikelim dengan baik agar isian tidak terkeluar semasa menggoreng.
  7. Setelah semua karipap dikelim, ia boleh terus digoreng atau disimpan dalam peti sejuk untuk dimasak kemudian.
  8. Petua untuk dapatkan kulit yang berjerawat, goreng dengan minyak yang panas.
  9. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mastura Razali

Baca juga: Resipi Karipap Kurma Daging, Kulit ‘Maintain’ Rangup Dari Pagi Sampai Petang!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago