Ada banyak lebihan rambutan di rumah sampaikan tak tahu bagaimana untuk habiskannya. Jika kami beritahu tentang cara buat Jem Rambutan, pasti anda teruja punya.
Nama rambutan diperoleh daripada perkataan rambut dengan akhiran -an kerana kulitnya penuh bulu yang lebat.
Ia merupakan sejenis buah tropika bermusim dan mudah didapati di seluruh negara tropika khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
Baca juga: Jenis Rambutan Merah Dan Kuning, Mana Lebih Manis Serta Berkhasiat?
Ramai yang suka makan rambutan kerana isinya yang manis dan berjus. Jadi, tak hairanlah ramai yang buat jus rambutan dengannya.
Selain gunakan lebihan rambutan untuk buat jus, sebenarnya anda boleh juga buat Jem Rambutan yang sedap tau.
Nak tahu cara buat Jem Rambutan yang menarik, anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang diajarkan oleh Azlina Olin di Facebook ini. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kupas kulit rambutan dan basuh bersih.
2. Rebus rambutan dengan sedikit air hingga isinya hampir lekang dari biji dan airnya kering. Jangan sampai hangus dan pastikan selalu dikacau.
3. Ambil isi rambutan dan kisar tanpa air dengan pengisar.
4. Masukkan isi rambutan ke dalam kuali dan tambahkan gula serta sedikit esen vanilla, kemudian kacau sehingga pekat berkilat.
5. Bila jem dah sejuk, simpan dalam bekas bertutup. Siap untuk digunakan!
Cara buat Jem Rambutan cukup mudah tanpa bahan yang banyak, malah anda juga tak bazirkan lebihan rambutan yang ada.
Warna Jem Rambutan akan jadi kuning jika tak gunakan pewarna, tapi rasa sedap dan nikmatnya tetap sama, malah cair di mulut.
Anda boleh nikmati Jem Rambutan ini bersama roti atau biskut dan keluarga anda pasti menyukainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Olin
Baca juga: Cara Buat Jelly Rambutan Yang Segar, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…