Jom buat jejari ayam homemade ini. Kalau buat sendiri lagi dijamin selamat tanpa bahan pengawet. Tak perlu beli lagi selepas ini, jimat pun jimat!
Nak bagi dekat anak makan pun tak was-was sebab dijamin bersih. Lihat saja cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!
Resipi Jejari Ayam Homemade
Bahan-bahan:
- Isi ayam (lagi banyak lagi sedap)
- Roti gardenia 5 keping
- Bawang putih 2 ulas
- Telur 2 biji
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Ratakan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3. Biarkan sejuk baru dipotong.
4. Celup dalam telur.
5. Kemudian gaul dalam serbuk roti.
6. Panaskan minyak sebelum digoreng, goreng menggunakan api sederhana sehingga garing. Selamat mencuba!
Kredit: Mleisya Scarf