Ramai suka makan donat tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, tapi pertama kali kami dengar ada cara buat donat simple tanpa menggunakan tepung.
Donat adalah kuih tradisional Malaysia yang dibuat dari adunan tepung, telur, gula dan yis lalu digoreng yang menjadi kesukaan ramai kerana hasilnya teramat gebu dan lembut apabila dimakan.
Seiring dengan zaman moden, ramai menggunakan kreativiti tersendiri dalam membuat donat. Bukan saja ia terdapat dalam pelbagai bentuk menarik, malah ada pelbagai perisa yang lazat.
Cara buat donat simple yang dikongsikan melalui video oleh aniqclone di TikTok telah menarik perhatian ramai kerana ia tak menggunakan tepung sama sekali. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong bahagian kerak roti (tak nak potong pun tak apa).
2. Selepas itu, sapu bersama air atau susu untuk lembutkan roti.
3. Kemudian, lipat dan gumpal sampai menjadi bulat.
4. Akhir sekali, gorengkan dalam minyak yang panas sampai garing, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Nak tambahkan lagi betapa nikmatnya donat ini, anda boleh salutkan dengan apa-apa jenis gula yang disukai atau cicah bersama sos coklat yang pekat dan likat.
Sesetengah orang suka makan donat bersama jem, jadi ia sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing. Asalkan anda sekeluarga puas hati memakannya, itu pun sudah cukup memadai.
Cara buat donat simple ini boleh digunakan ketika roti anda sudah hampir tarikh luput, jadi taklah membazir bahan di dapur. Selain itu, anda dapat buat hidangan untuk kunyah-kunyah ketika masa lapang.
Tambahan lagi, ia merupakan suatu idea kreatif dan menarik untuk dijadikan sebagai menu sarapan atau minum petang di rumah. Manalah tahu sudah jemu dengan yang biasa, boleh cuba cara buat donat simple ini pula.
Selamat mencuba!
Sumber: aniqclone
Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…