Categories: Resipi

Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai

Menu Daging Bakar Harimau Menangis antara salah satu menu yang digemari ramai dan wajib cuba. Alang-alang Raya Haji bakal tiba tak lama lagi, kalian boleh cuba resipi ini nanti.

Cara-caranya mudah saja. Cicah pula dengan sos ala Thai, memang sedap sungguh! Jom kita cuba buat nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Lina Thomas di bawah.

Baca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!

RESIPI DAGING HARIMAU MENANGIS & SOS ALA THAI

Bahan untuk Perapan Daging:

  • 500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar

Cara-cara buat Perapan Daging:

  1. Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap.
  2. Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya.
  3. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudah guna Periuk Pemanggang Ajaib je.

Bahan untuk membuat Sos Ala Thai:

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • 10 biji cili api ditumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan nampla
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang merah hiris nipis
  • 2 biji cili api dihiris
  • 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
  • Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-cara membuat Sos Ala Thai:

  1. Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera anda.
  2. Selamat mencuba.

Kredit: Lina Thomas

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago