Apabila ada banyak masa lapang di rumah, pasti takkan lepaskan peluang untuk cuba resipi menarik. Kali ini, kami nak kongsikan cara buat Apam Kampung yang cukup mudah.
Apam Kampung merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Biasanya, orang kampung makan kuih ini sewaktu sarapan dan minum petang.
Walaupun terdapat pelbagai jenis apam yang ada, tapi Apam Kampung tetap menjadi kesukaan ramai dan sampai sekarang masih ada yang membuatnya di rumah.
SuiSan Aliezsha telah menunjukkan cara buat Apam Kampung di Facebook yang sangat mudah dengan menggunakan 5 bahan saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Dewa Gebu Gebas, Nak Bercorak Cantik Guna Teknik Ini Sebelum Kukus
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, bancuh gula merah dengan air panas, kemudian sejukkan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, gaul tepung bersama mauripan sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkn gula pasir dan ratakannya.
4. Seterusnya, masukkan air gula merah tadi dan air biasa dengan kemanisan mengikut citarasa masing-masing.
5. Setelah itu, bancuhkannya tapi pastikan jangan terlalu cair atau pekat, sedang-sedang saja.
6. Tutup rapat-rapat dengan menggunakan dulang atau penutup periuk dan biarkan selama beberapa minit.
7. Setelah nampak berbuih-buih, kacau semula dan isikan dalam bekas talam.
8. Pastikan air dalam periuk kukusan betul-betul mendidih dan bolehlah kukus lebih kurang 20 hingga 25 minit.
9. Apabila kuih sudah masak, boleh angkat dan sejukkan, kemudian barulah dipotong.
10. Akhir sekali, parut kelapa tapi jangan sampai tempurung, kemudian gaul dengan sedikit garam. Setelah itu, boleh gaul kelapa parut bersama apam. Siap untuk dinikmati!
Sesiapa yang nak belajar buat kuih untuk kali pertama, bolehlah mulakan dengan cara buat Apam Kampung yang mudah ini dan hasilnya pasti menjadi.
Selamat mencuba!
Sumber: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Resepi Apam Kampung Gula Merah Tanpa Acuan, Naik Gebu Macam Kek Hasilnya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…