Pelbagai jenis minuman yang boleh dicuba di rumah untuk berbuka puasa. Salah satu air tersebut adalah resepi air teh bunga longan.
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, pastinya minuman ini dapat menghilangkan rasa haus dan kering tekak.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah mudah! Ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh Zuhaira Nasrin di bawah.
Baca juga: Jom Buat Air Vanilla Blue Yang Padu, Rasa Sama Macam Air Balang Di Bazar!
CARA BUAT AIR TEH BUNGA LONGAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
1. Sediakan bekas air yang besar dan masukkan ais ke dalam bekas tersebut.
2. Kemudian tuangkan air teh bunga sebanyak 2 tin.
3. Perah limau nipis ke dalam bekas air, kalau suka masam boleh letak 5 biji atau lebih mengikut tahap masam yang disukai.
4. Masukkan juga 5 biji asam boi.
5. Selepas itu, tuangkan 1 tin longan bersama air ke dalam bekas.
6. Akhir sekali, gaul kesemua bahan sehingga sebati dan sedia untuk dinikmati.
7. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zuhaira Nasrin via Lemon8
Baca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya