
Bubur labu antara pencuci mulut tradisional yang masih digemari ramai hingga ke hari ini kerana rasanya yang lemak manis, lembut dan mengenyangkan. Kombinasi labu manis bersama sagu dan santan menjadikan hidangan ini cukup sempurna untuk dinikmati pada waktu santai.
Selain itu, bubur ini juga sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau minum petang. Tekstur sagu yang kenyal bersama labu yang lembut memang buatkan setiap suapan terasa nyaman, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas.
Menariknya, resipi ini sangat mudah disediakan menggunakan bahan asas yang biasanya memang ada di dapur. Tak perlu teknik rumit, cuma perlu sabar kacau supaya sagu tidak berketul dan hasilnya pasti jadi lembut dan sedap.
Baca juga: Resipi Bubur Cha Cha Homemade, Manisan Tradisional Warna-Warni Yang Memikat Hati!
RESIPI BUBUR LABU MANIS SAGU

Bahan-bahan:
- 500g labu manis (dipotong kecil)
- ½ cawan sagu
- 1 kotak santan (200ml)
- 3–4 cawan air
- 3–5 sudu besar gula (ikut kemanisan disukai)
- ½ sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara-cara penyediaan:
- Basuh sagu dan rendam selama 10–15 minit supaya lebih cepat masak dan tidak berketul.
- Rebus labu bersama air dan daun pandan sehingga labu menjadi lembut.
- Masukkan sagu ke dalam periuk dan kacau sentiasa supaya tidak melekat dan berketul.
- Apabila sagu mula menjadi separa jernih, masukkan santan, gula dan garam.
- Kacau perlahan dengan api sederhana sehingga mendidih kecil dan sagu menjadi jernih sepenuhnya.
- Tutup api dan biarkan seketika sebelum dihidangkan supaya rasa lebih sebati.
Sumber: Nur Zaliana
Baca juga: Resepi Bubur Krong Krang, Manisan Thai Comel Yang Kenyal Dan Lemak Manis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














