Categories: Resipi

Resipi Bubur Candil Keledek Ungu, Warna Bukan Setakat Cantik, Rasa Pun Sedap!

Bubur candil keledek ungu merupakan hidangan tradisional yang memikat selera dengan rasa manis dan tekstur kenyal. Sangat sesuai sebagai pencuci mulut.

Resepi ini memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati serta langkah penyediaan yang tidak terlalu rumit.

Tambahan jagung adalah terpulang pada anda, tetapi ia memberikan rasa yang lebih kaya dan tekstur yang berbeza.

Cik Puan Nor Haidah Md Said sudi berkongsikan resipi bubur candil yang sangat cantik warnanya menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga: Resepi Cili Jeruk Anti Kulat, Nak Segar Tahan Lama Jangan ‘Skip’ Langkah Ini

RESIPI BUBUR CANDIL KELEDEK UNGU

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram keledek ungu (kukus hingga empuk, kopek dan lenyekkan)
  • 7-8 sudu besar tepung ubi
  • Santan dari 1 ½ biji kelapa
  • 2-3 helai daun pandan
  • Gula pasir secukupnya
  • Secubit garam
  • Jagung (pilihan)

Langkah Penyediaan:

1. Campurkan keledek ungu yang telah dilenyek dengan tepung ubi sedikit demi sedikit.

2. Uli adunan hingga menjadi doh yang sekata, pastikan doh tidak pecah bila dibentuk.

3. Bentukkan doh menjadi bulatan kecil mengikut saiz yang diinginkan.

4. Didihkan santan bersama daun pandan, gula pasir secukupnya, dan secubit garam dalam periuk.

5. Setelah mendidih, matikan api buat sementara waktu.

6. Didihkan air dalam periuk lain.

7. Masukkan biji keledek yang telah dibentuk tadi ke dalam air mendidih.

8. Bila candil sudah terapung, itu tandanya ia sudah masak.

9. Kaut candil yang telah masak dan masukkan ke dalam santan yang telah disediakan.

10. Jika ingin, masukkan jagung ke dalam santan untuk tambahan tekstur dan rasa.

11. Didihkan kembali santan bersama candil untuk kali terakhir hingga kuahnya pekat dan sebati.

11. Bubur candil sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Haidah Md Said

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Pahit Daun Betik, Kena Rendam Dengan Bahan Ini

Aisha Qistina

Recent Posts

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

26 minutes ago

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

2 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

3 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago