doh roti canai

Jom buat sendiri doh roti canai di rumah. Resipi ni cukup mudah dibuat. Dengan tekstur yang gebu, pasti anak-anak suka.

Iyelah, kalau kempunan, tak ada lah asyik ke mamak je order roti canai. Bila dah reti buat roti canai sendiri ni, pagi petang siang malam tak kisah layan roti canai.

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Cicah dengan kuah kari, dhal, sambal, gula atau apa sahaja pun layan. Lagi pun dijamin sikit kebersihan berbanding beli roti canai di kedai. Kalau anda nak cuba, boleh ikut perkongsian resepi dari Cik Puan MA Mia ni.

Bila nak buat roti canai ni yang penting ialah cara anda kendalikan doh. Dari situ nak dapatkan roti yang rangup, sedap dan kekal lembut sampai ke petang.


RESIPI DOH ROTI CANAI

Nak buat roti canai ni bukan masa tu nak makan, masa tu juga baru nak uli tepung. Biasanya anda perlu buat doh adunan tepung dulu, kemudian biarkan semalaman atau 2-3 jam. Esok baru goreng. Simpan di luar je. Tak perlu simpan dalam peti ais.

doh roti canai

Bahan-bahan: 

  • Tepung gandung 1 kg
  • Gula dan garam
  • Air suam
  • Planta 2 sudu
  • Minyak masak 3 sudu
  • Kuning telur sebiji sahaja

Cara-cara penyediaan:

1. Larutkan garam, gula bersama air suam.

2. Planta, telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung tadi.

3. Masukkan air tadi sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tak melekat di tangan. Jika lembik tambahkan tepung. Kalau keras renjiskan air dan uli semula.

4. Siap diuli biarkan dalam 10 minit kemudian boleh buat doh bulat.

5. Doh tadi sapu dengan Planta biar semalaman esok pagi baru tebar.


Puas hati kalau dapat buat roti canai sendiri kan? Untung juga sebab dapat simpan dan frozenkan. 3 bulan boleh tahan. Kalau simpan dekat bahagian chiller pun boleh tahan sampai seminggu.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN