2 jenis cookies

Jom buat biskut menggunakan resipi ini. 1 bancuhan untuk 2 jenis cookies yang berbeza iaitu Double Callebaut Choc Chips Cookies dan Coffee Chips Cookies.

Tak perlu susah-susah nak cuci bekas dan timbang bahan banyak kali untuk buat pelbagai jenis biskut. Yang penting dapat menjimatkan masa anda dan rasanya juga serius sedap. Makan sambil tengok tv confirm cepat je habis satu balang.

Resipi 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies

Bahan A:

  • 250 gm butter
  • 1 cup brown sugar
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur

Bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 5 sudu besar minyak

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A. Gaul manja sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan semua bahan B ke dalam campuran bahan A tadi. Gaul sebati. Tak perlu guna mixer. Kalau lembik, tambah sahaja tepung.

3. Asingkan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan letak choc chip dan coffee chip, gaul sebati. Satu adunan lagi letakkan choc powder dan choc callebaut, gaul sebati.

4. Letak kedua-dua adunan dalam peti ais selama 1 jam. Scoop ke atas loyang yang sudah dilapik baking paper. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 celcius.

Selamat mencuba!

Kredit: Ikaa Rejab

Baca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN