brazilian lemonade

Selalu buat lemonade je, jom cuba buat air Brazilian Lemonade pula untuk minuman berbuka puasa. Tapi jangan pelik tau, nama je lemonade, tapi resipi air ini menggunakan limau nipis.

Rasanya yang menyegarkan memang sesuai untuk dijadikan penyejuk tekak setelah seharian menahan dahaga dan kering tekak itu. Yang uniknya, air brazilian lemonade ini juga menggunakan susu pekat manis sebagai salah satu bahan untuk air ini.

Baca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini

Disebabkan resipi viral di laman TikTok, ramai yang telah mencubanya dan memberi review air ini sangat sedap!

Perkongsian resipi lengkap air ini, MyResipi ingin kongsikan resipi dari Sweet Tea Sprinkles yang memberitahu langkah demi langkah yang betul untuk dapatkan rasa yang sebijik macam dalam gambar ini. Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI AIR BRAZILIAN LEMONADE

brazilian lemonade

Portion air: 1 jug air

Bahan-bahan:

Cara-cara membuatnya:

1. Basuh bersih limau nipis dan belahkan ia menjadi empat. Tak perlu kupas kulit dan terus masukkan ke dalam blender, dan tambah 3 cawan air sejuk. Kisar selama kira-kira 30 saat atau sehingga rata. (Jangan campur terlalu banyak atau jus akan menjadi agak pahit).

2. Tapis jus limau nipis, keluarkan semua sisa limau, kemudian masukkan semula jus limau ke dalam blender.

3. Masukkan setengah tin susu pekat manis dan 1 cawan ais dan kacau hingga sebati.

4. Rasa air limau dan jika kalau lagi suka manis, tambah lagi susu pekat manis secara sehingga semua rasa sebati dan tiada rasa pahit.

5. Siap untuk dihidang!


Mudah dan ringkas! Tapi kalau rasa agak pahit sebab kulit limau tu, korang boleh saja buang kulit sebelum kisarkan ia. Rasanya tetap sedap dan kena dengan tekak melayu kita ni.

Disebabkan ia jus yang bercampur dengan susu, digalakkan untuk habiskan air selepas membuatnya kerana tekstur berkrim air ini akan cepat terpisah dari jus limau nipis ini dan akan jadi nampak tak menarik bila dibiarkan lama.

Kalau ada lebihan air ini, boleh dibuat airskrim batang untuk dijadikan sajian kepada anak-anak. Selamat mencuba!

Antara Video Brazilian Lemonade yang Viral:

@itsmiasyafiyah

Creamy Brazilian Lemonade, so love. One of my favourite refreshing drink! Recommend. Siapa yg suka masam2 tu ni resepi minuman utk anda❤️. Tangy, creamy, and refreshing! #miadahcuba #mungkinkorangakansuka #lemonade #brazilian #refreshingdrink #fyp

♬ original sound – Mia Syafiyah – Mia Syafiyah

Baca juga: Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN