Pening kepala bila anak minta buatkan dessert lagi. Jangan risau, MyResipi akan kongsikan cara untuk buat blueberry burnt cheesecake yang sedap.
Selain sedap, resipi ini juga tidak akan ada bau hanyir telur. Kadang-kadang burnt cheesecake yang tak sedap atau tak jadi itu disebabkan oleh bau telur.
Bagi penggemar cheesecake, resipi ini sangat mudah dan sedap untuk dicuba.
Jom baca perkongsian di bawah.
Baca lagi: Resipi Cheesekut Anti Gagal, ‘Dessert’ Paling Senang Dalam Dunia!
Bahan-bahan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (blender) – cream cheese, whipping cream, telur, gula, blueberry, jem blueberry, tepung jagung, garam, esen vanila, dan jus lemon.
2. Kisar semua bahan tersebut sehingga adunan menjadi halus dan sebati.
3. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 200-250°C (bergantung kepada ketuhar masing-masing) dengan api atas dan bawah.
4. Lapiskan loyang dengan baking paper supaya kek tidak melekat.
5. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
6. Hentakkan loyang 2-3 kali untuk mengeluarkan udara yang terperangkap dalam adunan, bagi memastikan kek bakar tidak mempunyai lubang-lubang kecil selepas dibakar.
7. Bakar kek selama 50 minit pada suhu 200-250°C. Pastikan untuk memeriksa kek secara berkala bergantung kepada keupayaan ketuhar masing-masing.
8. Kek akan kelihatan sedikit ‘burnt’ di bahagian atas, tetapi itulah ciri khas bagi burnt cheesecake.
9. Setelah kek masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam atau semalaman supaya teksturnya menjadi lebih mantap.
10. Potong dan hidangkan bersama blueberry segar untuk tambahan rasa.
Sumber: Nnj Qurban Aqiqah
Baca lagi: Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…