Bila masuk bab melengkapkan peralatan dapur, mesti ramai antara kita yang keliru nak beli gajet yang mana satu.
Lagi-lagi bila tengok pempengaruh masakan guna pelbagai mesin untuk kisar bawang dan cili.
Haa.. Pastikan anda ketahui dengan lebih lanjut mengenai peralatan dapur sebelum membuat pembelian! Walaupun nampak macam serupa sebab semuanya ada bilah pisau berputar, blender, food Processor dan food chopper sebenarnya mempunyai fungsi dan hasil tekstur yang sangat berbeza.
Ayuh kita ketahui perbezaannya supaya anda tidak tersalah melabur duit.
Sumber: Xiaomi Malaysia
Ini adalah peralatan dapur yang wajib ada di hampir setiap rumah di Malaysia.
Reka bentuknya selalunya tinggi dan tirus ke bawah, bertujuan untuk menarik bahan makanan ke arah bilah pisau di dasar jag.
Sumber: Reviewed
Kalau anda jenis yang suka masak dalam kuantiti yang banyak atau peminat tegar meal prep (sediakan bahan masakan seminggu awal), gajet ini adalah penyelamat nyawa.
Mangkoknya biasanya lebar dan didatangkan dengan pelbagai jenis piring bilah (disks) yang boleh ditukar-tukar.
Sumber: Holstein
Boleh dikatakan ini adalah ‘adik kecil’ kepada food processor. Saiznya jauh lebih kompak dan menggunakan sistem tekan-tekan untuk mencincang.
Untuk memudahkan anda buat keputusan, kami kongsikan tiga perbezaan ketara antara blender, food processor dan food chopper sebelum anda membuat pembelian.
Beli blender kalau anda selalu buat jus, smoothie atau gulai yang memerlukan kuah lumat.
Food Processor lebih sesuai kalau anda mempunyai berkeluarga besar yang suka membakar roti atau kek serta mahu memudahkan kerja memotong sayur.
Food Chopper sesuai sekiranya anda mahukan peralatan dapur yang cepat untuk cincang bawang dan cili masakan harian tanpa mahu kuah masakan jadi terlalu berair.
Tidak ada salahnya untuk anda mendapatkan ketiga-tiganya sekalinya bajet mengizinkan bagi memudahkan tugas anda di dapur. Selamat berbelanja!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…