Categories: Resipi

Biskut Tembikai, Cara Buat Yang Menarik Dengan Rasa Lebih Rangup

Biskut telah menjadi snek kegemaran ramai sejak dulu lagi dan setiap kali lihat Biskut Tembikai, secara automatiknya kita akan teringat nostalgia semasa kanak-kanak dulu.

Biskut Tembikai bukan menggunakan buah tembikai sebagai bahan utama, tapi oleh sebab bentuknya seperti tembikai yang membuatkannya mendapat nama sebegitu rupa.

Nak tahu cara buat Biskut Tembikai yang rangup? Anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ainun Badariah di Facebook ini.

Baca juga: Biskut Kelapa Lemak Rangup, Biskut Tahun 90-an Yang Masih Tak Dilupakan!

RESIPI BISKUT TEMBIKAI

Bahan-bahan:

  • 250gm butter
  • 180gm gula halus
  • 300gm tepung gandum (diayak)
  • 150gm tepung jagung (diayak)
  • 5 sudu cornflakes (diblend halus dan diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • pewarna kuning, merah dan hijau
  • bijan hitam (hiasan)

Cara-cara:

1. Masukkan butter dan gula, kemudian mix sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur, kemudian mix lagi sehingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes (letak sedikit demi sedikit), kemudian gaul hingga rata

4. Bahagikan doh kepada 2 atau 3 bahagian bergantung kepada warna yang anda nak, sama ada warna merah atau kuning atau nak kedua-duanya sekali dan warna hijau.

5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning.

6. Buat bulat-bulat kecil mengikut selera masing-masing (buat sama banyak).

7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar.

8. Masukkan bulat-bulat merah atau kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau itu meliputi semuanya.

9. Buat sampai siap dulu dan barulah ambil pisau yang paling tajam, kemudian bulat-bulat yang sudah siap tadi dibelah empat seperti belah telur (potong perlahan-perlahan).

10. Susun bijan pada doh yang telah dipotong tadi dan masukkan dalam papercup, kemudian bakar pada suhu 200°C selama 15 hingga 20 minit. Siap untuk dinikmati!

Dengan resipi Biskut Tembikai ini, anda akan dapat hasil lebih kurang 130 hingga 140 biji mengikut saiz yang dibuat.

Selamat mencuba!

Sumber: Ainun Badariah

Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago