biskut raya coklat

Mari cuba buat Biskut Raya Coklat yang mudah dan ringkas ini. Yang seronoknya, resipi biskut raya ini tidak perlu menggunakan oven tau!

Apabila terfikir untuk membuat biskut raya, ramai yang mungkin rasa malas kerana kebanyakan jenis biskut raya memerlukan penggunaan oven untuk memasak.

Baca juga: Biskut Bangkit Nyonya, Kuih Raya Tradisional Kesukaan Ramai

Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa jenis biskut raya yang tidak memerlukan penggunaan oven dan tidak perlu dibakar. Salah satunya adalah biskut raya coklat yang dikongsi oleh Mr. Ali ini. 

RESIPI BISKUT RAYA COKLAT STAIL MR. ALI

Satu adunan dapat lebih kurang 100 keping biskut mini paper cup. Bergantung pada saiz yang dibentuk.

biskut raya coklat

Bahan-bahan Chocolate Ball:

Bahan Coating:

  • Chocolate compound (Dark chocolate) : 200 gram

Cara Buat Chocolate Ball:

1. Cairkan mentega dengan api perlahan. Setelah cair, tutup api dan terus masukkan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko. Panaskan dan kacau sehingga sebati.

2. Jika menggunakan microwave, cairkan mentega terlebih dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan lain dan kacau sehingga sebati.

3. Hancurkan 300 gram biskut Marie. Pastikan menggunakan biskut Marie sahaja untuk hasil yang terbaik. Hancurkan biskut tersebut sebelum langkah pertama dijalankan.

4. Campurkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam adunan mentega dan kacau sehingga sebati.

5. Bentukkan campuran tersebut menjadi bentuk bulat menggunakan tangan. Letakkan dalam peti sejuk selama satu jam.

6. Selepas itu, buatlah lubang di tengah-tengah setiap biskut yang telah sejuk. Anda boleh menggunakan apa sahaja untuk membuat lubang kecil di tengah biskut.

7. Masukkan Nutella ke dalam setiap lubang yang dibuat menggunakan piping bag.

8. Setkan semula dalam peti sejuk selama 10 hingga 20 minit.

Cara Buat Coating:

biskut raya coklat

1. Cairkan 200 gram coklat hitam. Jika ingin lebih manis, boleh menggunakan coklat susu.

2. Salutkan setiap biskut dengan coklat hitam yang telah dicairkan menggunakan sudu.

3. Hias mengikut kreativiti anda atau boleh juga menggunakan serbuk coklat.

4. Biarkan coklat mengering pada suhu bilik sehingga tidak melekit apabila disentuh.

5. Biskut siap untuk dinikmati dan boleh diletakkan di tempat terbuka. Sangat mudah dan pasti sedap!

Selamat mencuba.

Baca juga: Resipi Biskut Dam Guna 6 Bahan, Nostalgia Kuih Raya Orang Dulu-Dulu

Sumber:  Facebook Muhammad Ali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN