Categories: Resipi

Biskut Kacang Pis, Rangup Kejadiannya Terutama Jika Guna Tepung Jenis Ini!

Biskut kacang pis ini menjadi kegemaran ramai tidak kira semasa musim perayaan atau hari biasa. Resipi ini sangat mudah untuk disediakan dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

Tambahan lagi, biskut ini memang rangup, terutama jika menggunakan tepung beras. Jika anda suka tekstur biskut yang lebih gebu, boleh kurangkan sedikit tepung atau tambah lebih mentega.

Kalau anda suka biskut kacang Mazola, pasti anda juga akan gemari resipi kami kongsikan ini!

Baca lagi: Rahsia Perapan Daging Bakar Yang Sedap, Lembut & Juicy Serta Sos Cicah

RESIPI BISKUT KACANG PIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung Red Rose atau tepung gandum
  • 2 cawan tepung kacang hijau siap guna (Green Peas flour, boleh beli di kedai pembekal bahan bakeri)
  • 2 sudu besar tepung jagung (jika tiada, boleh ganti dengan tepung beras untuk memberikan kerangupan lebih pada biskut)
  • 1 cawan gula perang atau gula kastor
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk besar, gaulkan tepung Red Rose/gandum, tepung kacang hijau, tepung jagung/beras, gula, dan serbuk penaik sehingga sebati. Pastikan semua bahan kering bercampur rata.

2. Masukkan 2 sudu besar mentega ke dalam campuran kering tadi. Gaul rata sehingga mentega sebati dengan adunan. Mentega  memberikan rasa lemak dan sedikit masin pada biskut.

Nota: Garam tidak perlu ditambah kerana tepung kacang hijau sudah mengandungi rasa masin semulajadi.

3. Tuangkan 1 cawan minyak Mazola ke dalam adunan, sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua sekaligus, sebaliknya tambahkan minyak sedikit-sedikit sambil menguli doh sehingga doh boleh dibentuk.

4. Setelah doh siap, anda boleh membentuknya sama ada dengan menggulung doh menjadi bulat sebesar guli, atau menggunakan acuan kesukaan anda. Jika menggunakan acuan, pastikan biskut tidak terlalu tebal agar masak dengan sempurna.

5. Sebelum membakar, sapukan kuning telur di atas biskut. Campurkan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning dan esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir. Pastikan telur berada pada suhu bilik, kerana kuning telur yang sejuk dari peti sejuk boleh menyebabkan sapuan tidak cantik.

6. Panaskan oven kepada suhu 170°C hingga 180°C. Bakar biskut selama 20-25 minit atau sehingga masak.

7. Anda boleh tahu biskut sudah masak apabila permukaannya mula merekah. Rekahan ini juga memberikan tanda biskut siap dengan sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Resipi Ayam Masak Rose Mamak Haji, Sekali Makan Pasti Teringat-Ingat!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago