Kadangkala, menyediakan hidangan ringkas yang disukai oleh seisi keluarga adalah momen indah yang dinikmati bersama. Kali ini, mari kita cuba resipi bihun Singapore yang ringkas tetapi tetap lazat.
Menu ini sesuai untuk hidangan harian atau majlis kecil bersama keluarga dan rakan. Resipi ini juga disertakan dengan sambal tumis ikan bilis untuk mereka yang menggemari rasa pedas.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom sediakan bahan!
Baca lagi: Resipi Daging Tetel Masak Kuah Dalca, Makan Dengan Apa Pun Sedap!
RESIPI BIHUN SINGAPORE
Bahan-Bahan untuk Bihun Singapore
- Bihun
- Bawang besar
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Biji lada hitam
- Lobak merah
- Sayur sawi
- Fish ball
- Fish cake
- Telur
- Garam
Cara Memasak Bihun Singapore
1. Rendam bihun hingga lembut dan toskan.
2. Sayur dan bahan hiasan lain seperti fish ball, fish cake, dan carrot dipotong mengikut saiz dan gaya pilihan.
3. Kisar bawang besar, bawang putih, dan ikan bilis sehingga halus.
4. Tumis bahan kisar (bawang dan ikan bilis) dalam minyak sehingga naik bau harum.
5. Masukkan fish ball, fish cake, dan telur ke dalam tumisan. Pastikan telur hancur dan sebati.
6. Tambahkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke dalam tumisan.
7. Masukkan sedikit air, cukup untuk meratakan bihun tanpa menjadikannya terlalu berair.
8. Masukkan bihun ke dalam tumisan. Kacau hingga semua bahan bercampur sebati.
9. Tambahkan sayur seperti sawi dan lobak, dan gaul hingga rata.
10. Perasakan dengan garam secukup rasa.
11. Kacau hingga semua bahan sebati dan bihun masak sempurna.
Bahan-Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis
- Ikan bilis
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili kering
- Garam
Cara Memasak Sambal Tumis Ikan Bilis
1. Kisar cili kering secara berasingan dengan sedikit air.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, dan ikan bilis hingga menjadi pes kasar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang sehingga naik bau harum.
4. Masukkan cili kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Pastikan cili dimasak sepenuhnya untuk mendapatkan sambal yang pekat dan sedap.
6. Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar untuk menambah tekstur dan rasa pada sambal.
7. Hidangkan sambal tumis ikan bilis bersama bihun Singapore yang telah dimasak.
Tip Tambahan
- Untuk bihun yang tidak melekat, pastikan bihun direndam tetapi tidak terlalu lembut semasa proses rendaman awal.
Sumber: Mamaa Sal
Baca lagi: 10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!