Bihun goreng merupakan pilihan kegemaran banyak orang dan kelazatannya tidak dapat disangkal. Rasanya yang sedap mengingatkan kita pada zaman kecil, di mana hidangan bihun goreng ini mampu meningkatkan selera makan.
Mungkin keistimewaan terletak pada keahlian dan pengalaman orang-orang dahulu yang membuatkan hidangan ini begitu lazat.
Baca juga: Rahsia Beras Pulut Yang Ramai Tak Tahu, Patut Orang Dedulu Kurus
Mari kita mencuba resipi yang dikongsi oleh Mohd Shukur, yang katanya merupakan warisan dari turun-temurun keluarga beliau. Inilah peluang kita untuk mencuba dan menghargai warisan resipi dari generasi terdahulu. Jom kita buat!
Resipi ini telah diturunkan secara warisan oleh arwah Tok Nek Encik Mohd Shukur.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Bakar Belacan.
2. Blender bahan yang bertanda* sampai hancur (Air jangan banyak)
3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
5. Kacau sebati bihun, buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
6. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
Selamat mencuba resipi warisan orang dulu-dulu ini.
Sumber: Encik Mohd Shukur
Baca juga: Nasi Goreng Ayam 90an Cara SIMPLE, Nostalgia Terimbau Zaman Dulu-Dulu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…