beza kailan dan sawi

Ketika membeli sayur, pasti pernah lihat sayur kailan yang serupa dengan sawi. Sebenarnya, senang saja nak tahu beza kailan dan sawi yang rupa bentuknya seakan-akan sama ini.

Kailan merupakan salah satu jenis sayuran daripada keluarga kubis yang banyak ditemukan di negara China. Namun, sayur ini tak asing lagi terutamanya di kalangan orang Cina di Malaysia.

Sawi pula adalah salah satu sayur-sayuran yang cukup popular di Malaysia. Bergantung kepada jenisnya, sawi boleh didapati dalam pelbagai saiz daun serta batang.

Manalah tahu tiba-tiba mak mentua minta tolong belikan sayur kailan, tapi terbeli sayur sawi, malu jadinya nanti. Oleh sebab itu, kenalah tahu bezakan kedua-dua sayur ini.

Kali ini, kami kongsikan cara kenal dan beza kailan dan sawi yang perlu anda tahu sebelum membeli sayur. Jom kita tengok perbezaannya!

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

BEZA KAILAN DAN SAWI

Sayur Kailan

beza kailan dan sawi

  • Daun sayur kailan lebih tebal dan teksturnya lebih kaku. Selain itu, jika sentuh permukaan daunnya agak sedikit kasar.
  • Bahagian batang sayur kailan agak keras, berwarna pekat dan mengandungi air yang sedikit.

beza kailan dan sawi

  • Bunga daripada sayur kailan berwarna putih dan bahagian tangkai bunganya pendek.
  • Sayur kailan biasanya disajikan sebagai salah satu menu yang sering dipesan di restoran seperti kailan ikan masin.
  • Sebelum masak, rendam sayur kailan dalam air garam selama beberapa minit untuk hilangkan rasa pahit yang ada padanya.

Sayur Sawi

  • Daun sawi lebih nipis dan lembut, serta tekstur permukaan daunnya juga agak licin.
  • Bahagian batang sayur sawi lebih mudah patah, berwarna lebih terang dan mengandungi air yang banyak.

  • Bunga daripada sayur sawi berwarna kuning dan bahagian tangkai bunganya lebih panjang.
  • Sayur sawi cukup popular digunakan sebagai masakan harian di rumah seperti sawi masak sos tiram.
  • Semasa potong sayur sawi, asingkan daun dan buang batangnya lebih kurang separuh ke bawah kerana bahagian itu yang membuatkannya rasa pahit.

Jika tiba-tiba datang ke kedai sayur tapi lihat tiada label atau tanda, anda boleh terus tanya kepada penjual atau pilih sayur yang dimahukan mengikut perbezaan yang kami kongsikan ini.

Setelah dapat mengenali dan tahu beza kailan dan sawi, taklah anda hadapi masalah tersalah beli sayur lagi selepas ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: home dailycious

Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN