Categories: InfomasiTips & Petua

Beza Jintan Putih Dan Jintan Manis, Kena Tahu Sesuai Untuk Masak Apa

Pelbagai resepi menggunakan jintan putih dan jintan manis supaya masakan berbau harum. Oleh itu, anda perlu tahu beza jintan putih dan jintan manis serta masakan sesuai untuknya.

Walaupun rupa bentuk jintan putih dan jintan manis lebih kurang sama, namun setiap jenis jintan ini mempunyai keunikannya tersendiri. Jom kita tengok beza jintan ini!

Baca juga: Beza Kailan Dan Sawi, Ada Petua Untuk Buang Rasa Pahitnya Sebelum Masak

BEZA JINTAN PUTIH DAN JINTAN MANIS

Jintan Putih

  • Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘cumin seeds’.
  • Nama panggilan lainnya ialah jintan halus.
  • Sejenis rempah yang dihasilkan daripada biji pokok jintan putih.
  • Mempunyai rupa bentuk biji yang kecil.
  • Berwarna perang gelap.
  • Mempunyai rasa yang lebih pedas dan bau yang lebih kuat.
  • Biasanya digoreng kering atau disangai tanpa minyak dan ditumbuk untuk menaikkan bau.
  • Memberikan rasa dan aroma yang kuat dalam masakan seperti kari, gulai, dan daging panggang.
  • Digunakan dalam pembuatan rempah daging dan ikan serta dalam masakan sayur-sayuran.

Jintan Manis

  • Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘fennel seeds’.
  • Nama panggilan lainnya ialah jintan kasar.
  • Sejenis rempah yang dihasilkan daripada biji pokok jintan manis.
  • Mempunyai rupa bentuk biji yang besar dan lonjong.
  • Berwarna putih krim.
  • Terkenal dengan rasa manisnya yang unik dan bau yang harum
  • Sering digunakan dalam masakan India, terutamanya dalam hidangan nasi dan kari.
  • Digunakan dalam pembuatan roti dan biskut untuk memberikan aroma yang harum.
  • Dalam masakan Melayu, jintan manis digunakan dalam pembuatan rendang, masak lemak dan kari.
  • Boleh ditambahkan dalam minuman seperti teh herba untuk memberikan rasa dan aroma yang menyegarkan.

Setelah tahu beza jintan putih dan jintan manis ini, taklah malu di depan ibu mentua lagi. Tambahan pula, ia sedikit sebanyak dapat menambah kemahiran anda dalam memasak.

Nak dapatkan jintan putih dan jintan manis untuk masak nanti, bolehlah rujuk artikel ini supaya anda tak tersalah beli nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: heyitsfatam

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

Aimi

Recent Posts

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

13 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

15 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

15 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

22 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

23 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

7 days ago