Pernah mencuba Bergedil Pucuk Ubi? Biasanya bergedil dihasilkan menggunakan ubi kentang, tempe, isi ayam, atau ikan. Tetapi kali ini, resipi yang dikongsi oleh Ain Farhana lain daripada bergedil yang lain kerana keunikkannya.
Ini kerana bergedil ini menggunakan pucuk ubi! Nampak sangat lazat dan menggugah selera. Katanya, menu ini pasti disenangi oleh ramai. Sedap dinikmati bersama dengan ikan kering atau ikan pekasam goreng. Memang terbaik! Jom kita lihat cara-cara penyediaannya.
Baca juga: Bergedil Ikan Kemboja, Sedap Cicah Bersama Sos Masam Manis Pedas
Bahan A:
Bahan B:
Bahan C:
Cara-cara penyediaan:
1. Bersihkan pucuk ubi dan asingkan batang kerasnya.
2. Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk dan masukkan garam secukupnya. Rebus hingga masak. Garam dimasukkan bertujuan untuk membuang getah.
3. Apabila pucuk ubi sudah masak dan layu, sudah boleh diangkat dan toskan airnya. Bilas dengan air sejuk. Tapis dan tekan-tekan sedikit bagi kurangkan air.
4. Gunting atau hiris pucuk ubi yang direbus tadi supaya lebih halus. Ia bertujuan untuk elak pucuk ubi terburai bila dikepal nanti.
5. Satukan bahan-bahn B dan tumbuk hingga semua bahan mesra.
6. Selepas menumbuk bahan B, boleh campurkan dengan pucuk ubi yang sudah digunting halus. Gaul mesra.
7. Selepas digaul kedua-dua bahan tadi, perah air yang ada pada pucuk ubi. Kemudian, kepal-kepalkan ia anggaran segenggam penumbuk dan leperkan dengan cantik. Ulang hingga habis.
8. Untuk membuat bancuhan salutan telur pula, satukan ke semua bahan C. Perahan lemon boleh digantikan dengan limau atau cuka. Garam tidak perlu kerana sos ikan sudah masin. Pastikan telur dipukul sampai berbuih supaya nanti ada tekstur rangup bila digoreng.
9. Panaskan minyak dalam kuantiti sederhana, celup kepalan pucuk ubi ke dalam bancuhan telur dan goreng hingga keperangan dan garing.
10. Bergedil Pucuk Ubi siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Ain Farhana
Baca juga: Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah, Makan Macam Tu Je Pun Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…