Kalau nasi sejuk yang tidak habis, jangan dibuang! Kita boleh gunakannya untuk membuat jajan yang sedap dan mudah iaitu bepang beras guna nasi sejuk. Resipi ini sangat ringkas, hanya memerlukan tiga bahan utama yang biasa ada di dapur.
Teksturnya rangup di luar dan mempunya rasa manis yang pasti memikat selera, sesuai untuk pencuci mulut atau snek petang. Mari kita lihat bagaimana cara membuatnya!
Baca juga: Bonda Ajar Cara Buat Cream Puff Sedap, Resipi Legend Lebih 20 Tahun!
Bahan-bahan:
Cara membuat:
1. Jemur nasi sehingga kering. (Jemur selama 2 hari jika panas terik)
2. Jika nasi keras, ceraikan menjadi butir-butir. Ketuk dengan lesung batu secara perlahan agar tidak hancur seperti tepung.
3. Panaskan minyak dan goreng nasi hingga mengembang. Pastikan tidak kembang seperti popcorn agar tidak hangit. Angkat dan toskan.
4. Sejukkan nasi agar tidak lembap ketika disalut gula.
5. Masak gula sehingga keperangan dan sedikit cair, kemudian masukkan minyak masak. Jika gula terlalu keras, boleh tambah sedikit air panas (sekitar ΒΌ cawan) dan masak hingga gula benar-benar cair dan airnya menguap.
6. Tutup api dan masukkan nasi yang telah ditoskan dan sejuk.
7. Gaul nasi dengan gula dengan cepat hingga sebati.
8. Letakkan dalam loyang atau tupperware yang telah disapu sedikit minyak untuk memudahkan pengeluaran.
9. Jangan potong sebelum ia betul-betul sejuk dan keras, jika tidak bepang akan bederai.
Selamat mencuba!
Kredit: Eka Nahar
Baca juga: Resipi Kek Pelangi Legend Yang Gebu & Wangi, Seronok Tengok Belang Tersusun Cantik!
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…