Categories: Resipi

Bebola Daging Sepantas ABC, Buat Sendiri Lagi Sihat!

Salah satu hidangan frozen yang anda boleh buat sendiri adalah bebola daging. Maklumlah, kalau beli luar, belum tentu sihat, kan? 

Kalau hasil tangan sendiri sudah tentu bahan yang digunakan juga mesti dari sumber yang berkhasiat dan tanpa sebarang pengawet.

Budak-budak juga boleh makan. Lebihan bebola itu boleh buat pelbagai jenis hidangan yang lain seperti bakso, kuetiau, makan bersama nasi ataupun mihun. 

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Anis Fadliyana Abd Majid menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga: Kek Durian Dengan Cara Mudah, Isi Durian Lebih Terasa Asli Di Dalam!

RESIPI BEBOLA DAGING

Bahan-bahan:

  • Daging (kisarkan bersama bawang – tiada sukatan tepat, agak-agak sahaja)
  • Lada sulah secukup rasa
  • Telur (saya guna sebiji)
  • Garam secukup rasa (boleh juga tambah gula atau perasa ikut citarasa)
  • Tepung gandum (saya guna sesudu besar)

Cara-cara penyediaan bebola daging:

1. Kisar daging bersama bawang hingga halus.

2. Masukkan lada sulah. Anda boleh tambah rempah atau sayur seperti carrot atau batang saderi, tetapi jangan terlalu banyak supaya isi daging lebih menonjol.

3. Masukkan telur dan garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan melekat dan boleh dibentuk.

5. Bentukkan adunan menjadi bebola atau bentuk seperti daging burger.

6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola. Rebus sehingga bebola timbul dan masak.

Penyediaan sup bebola daging:

1. Tumis bahan untuk sup sekejap dan masukkan air.

2. Bila air mendidih, masukkan bebola yang telah direbus tadi.

3. Masak hingga bebola daging masak sepenuhnya.

4. Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng di atas sup.

Tip:

  • Buat lebih dan bekukan. Boleh digunakan nanti untuk kuah bolognese atau carbonara.
  • Alang-alang kisar daging, buat lebih dan simpan dalam freezer. Daging kisar ini boleh digunakan untuk pelbagai hidangan lain seperti pad kra pao, inti karipap, dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Anis Fadliyana Abd Majid

Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago