bayam masak bening

Bayam masak bening merupakan salah satu masakan sayur yang paling ringkas dan senang untuk dicuba. Bak kata orang, pejam mata pun boleh masak.

Namun begitu, daun akan menjadi kecut kalau masak terlalu lama. Kalau masak terlalu sekejap, batangnya pula akan keras.

Oleh itu, untuk mengetahui bagaimanakah cara yang betul untuk memasak bayam masak bening, mari kita pelajari resipi yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Paling ‘Simple’, Tapi Sedap Yakmat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Mula-mula, siang sayur bayam terlebih dahulu. Asingkan daun dari batang, tetapi batang jangan dibuang. Kemudian, buang selaput pada batang supaya masakan menjadi lebih sedap. Cuci bersih dan ketepikan seketika.

2. Tuangkan air secukupnya ke dalam periuk. Kemudian, baru masukkan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris.

3. Apabila air sudah mendidih, masukkan pula batang bayam terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan bahagian daunnya pula.

4. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa secukupnya mengikut selera masing-masing.

5. Sayur bayam masak bening sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

bayam masak bening

Kredit resipi dan gambar: Mawar Merah

Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN