Categories: Resipi

Resipi Bawang Goreng Guna Air Fryer, Hasil Rangup Elok Macam Guna Minyak

Jika sebelum ini kita asyik beli je, kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri bawang goreng di rumah. Rupanya tak susah mana pun nak buat sendiri bawang goreng rangup dan sedap.

Dengan menggunakan cara yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah di bawah, anda tidak perlu menggunakan minyak kerana bawang akan dimasak dalam air fryer.

Walaupun menggunakan air fryer, hasil bawang yang dimasak tetap rangup dan sempurna seperti yang digoreng dengan minyak. Bagi sesiapa yang memiliki air fryer, bolehlah mencuba resepi ini!

Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!

RESEPI BAWANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 500g (40-45 ulas) bawang kecil
  • 4-5 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit dan cuci bawang kecil sehingga bersih.
  2. Hiris nipis dan sagat bawang kecil.
  3. Rendam seketika hirisan bawang di dalam air. Toskan.
  4. Gaul hirisan bawang dengan sedikit minyak masak.
  5. Masukkan hirisan bawang sedikit demi sedikit ke dalam ‘air fryer’.
  6. Goreng pada suhu 120°C selama 15 hingga 17 minit. Kuis-kuiskan bawang setiap 5 minit.
  7. Keluarkan bawang goreng apabila warnanya telah bertukar keperangan.
  8. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi dan gambar: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Sambal Nasi Lemak, Nak Rasa ‘Lejen’ Kena Guna Bawang Jenis Ini

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago