Categories: Resipi

Bawal Masak Stim Simple, Menu Orang Baru Kahwin Ini Buat Suami Puji Berbakul

Suasana setelah baru berkahwin memang cukup bahagia. Tambahan pula, isteri mesti nak masak untuk suami dan antara menu ringkas yang wajib dicuba ialah Bawal Masak Stim.

Selepas berkahwin, masih banyak persiapan yang perlu dibuat oleh suami dan isteri. Silap-silap, nak luangkan masa untuk diri sendiri pun tak sempat.

Namun, ia tak boleh dijadikan alasan untuk isteri lupa masak buat suami di rumah kerana inilah masa untuk memikat seleranya dan menunjukkan kemahiran memasak yang ada.

Walaupun sibuk, anda masih boleh masak lauk yang ringkas seperti Bawal Masak Stim. Setelah membuatnya, anda pasti terkejut dengan kesedapannya yang tak dijangka.

Ieja Alias telah kongsikan resipi Bawal Masak Stim di Facebook yang merupakan menu ringkas dan sesuai untuk orang yang baru berkahwin. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak

RESIPI BAWAL MASAK STIM

Bahan A:

Bahan B:

  • Sos tiram
  • Secubit garam
  • Sedikit air putih
  • Ikan bawal emas

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis Bahan A iaitu cili padi, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak.

2. Selepas naik bau, letak bahan tumis tadi ke dalam mangkuk.

3. Kemudian, masukkan bahan B iaitu sos tiram, garam dan air putih.

4. Selepas itu, kacau-kacau dan gaul sekali dengan ikan bawal emas.

5. Seterusnya, letak dalam bekas yang sesuai untuk distimkan.

6. Akhir sekali, stim sampai ikan masak. Siap untuk dihidang!

Bawal Masak Stim ini boleh dibuat pada bila-bila masa yang disukai. Nak jadikan sebagai bekal untuk suami pergi kerja pun boleh, apatah lagi makan malam bersama suami tersayang.

Ikan bawal memang sedap dimasak stim kerana rasa lemak-lemak begitu. Lebih-lebih lagi pada bahagian kepalanya, memang nikmat tak terhingga.

Selain ikan bawal emas, anda boleh gunakan ikan bawal jenis lain seperti bawal hitam atau bawal putih. Nak mempelbagaikan resipi, sekali-sekala tukarlah masak guna ikan lain pula.

Selamat mencuba!

Sumber: Ieja Alias

Baca juga: Ikan Bawal Masak Taucu, Lauk Mudah Dan Ringkas Ini Wajib Buat Setiap Minggu

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago