salted peanut

Siapa yang pernah menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), mesti terngiang-ngiang rasa salted peanut yang diberikan ketika dalam penerbangan kan?

Ia merupakan salah satu keunikan ketika anda menggunakan perkhidmatan MAS itu.

Baca juga: “Cairnya Oppa Cakap Melayu” – Ramai ‘Excited’ Park Seo Jun Jadi Duta Milo

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang influencer yang terkenal iaitu Azfarheri mendapat sekampit kacang ketika menaiki pesawat MAS.

Walaupun ramai yang menganggap itu rezeki influencer tersebut, tetapi masih ramai yang merasakan perkara itu seakan tidak adil, malah ada juga yang merasakan mungkin kerana Azfarheri itu seorang yang terkenal dan disebabkan itu dia mendapat layanan sedemikian.

Menerusi perkongsian tersebut, Azfar mengatakan dirinya yang baru bangun tidur terkejut apabila mendapati pramugari dalam penerbangan terbabit memberikannya satu beg plastik berisi beberapa pek kacang.

Perkongsian Azfar Heri tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut serta mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapat satu plastik berisi pek kacang.


Malah, ada juga netizen yang berkongsi bahawa pernah juga menerima pek kacang tambahan ketika penerbangan mereka bersama Malaysia Airlines tetapi tidaklah sebanyak yang diterima oleh Azfar.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa perkhidmatan Malaysia Airlines memang terbaik dan pramugara serta pramugari syarikat penerbangan tersebut sangat mesra.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN