bahulu goreng

Setiap kali waktu raya tiba, pasti ada di antara mereka yang duduk di kampung akan membuat kuih bahulu. Tapi pernahkah anda dengar tentang bahulu goreng?

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu. Biasanya kita akan jumpa kuih ini pada Hari Raya.

Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Namun, ia dibuat dengan menggunakan bahan yang cukup ringkas seperti telur, gula, minyak masak atau minyak sapi, esen vanila, tepung gandum, tepung ubi dan baking powder.

Baca juga: Resipi Bahulu Guna Sukatan Cawan, Hanya Perlu 4 Bahan ‘Basic’ Ini

Secara amnya, kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung.

Tapi kami telah terjumpa resipi Bahulu Goreng dikongsikan oleh Ieda Nor di Facebook yang sangat mudah dan menarik. Anda boleh cuba buat untuk raya nanti!

RESIPI BAHULU GORENG

bahulu goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung gandum dengan planta sehingga sebati.

2. Kisarkan semua bahan yang bertanda *.

3. Kemudian masukkan ke dalam tepung dan uli sehingga doh tidak melekat.

4. Setelah selesai, canaikan doh menjadi agak nipis ikut yang anda suka dan potong mengikut kreativiti masing-masing. Jika nak mudah, boleh guna acuan kuih untuk dapatkan bentuk yang cantik dan menarik.

bahulu goreng

5. Goreng sehingga kekuningan atau keperangan, kemudian angkat dan toskan minyak. Siap untuk dinikmati!

Bahulu Goreng ini cukup menarik kerana rasanya yang rangup. Jika makan sekali, pasti nak lagi.

Jika biasanya dibakar, tapi kali ini anda tak perlu panaskan oven untuk membuat Bahulu Goreng yang enak.

Paling seronok tentang resipi ini, anda boleh buat membuatnya dengan pelbagai bentuk dan saiz mengikut yang anda suka.

Selamat mencuba!

Sumber: Ieda Nor

Baca juga: Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN