baby kailan

Nampak je Baby Kailan depan mata, mesti terus rasa nak ceduk dalam pinggan makan dengan nasi panas. Apa kata kita cuba pula resipi Baby Kailan Goreng dengan bawang putih dan udang.

Sedap tau aroma tumisan bawang putih ini. Bahan sosnya pun bikan biasa-biasa. Ada beberapa jenis sos dimasukkan yang buatkan hidangan ini cukup berasa.

Bila disebatikan masakan sayur ini nanti akan berkuah dan kelihatan berkilat lagi warna hijau sayur kailan ini.

Baca juga: Sayur Cepat Rosak? Ketahui Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu

Dalam hidangan ini ni, bukan je baby kailan semata-mata, boleh juga masukkan sayuran lain seperti lobak merah dan juga cili merah sebagai penambah rasa dan pedas.

Kalau makan ratah macam tu je tanpa nasi pun cukup sedap. Nasi tak ada masih boleh lagi hirup kuahnya tanpa rasa muak. Ada sesetengah orang mungkin fikir rasa baby kailan dalam masakan ni rasa pahit.

Namun tak perlu risau. Dalam resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ni, rasa kailannya tak pahit pun, malah rasa manis-manis masin yang sedap. Jom lihat resipinya.


Resipi Baby Kailan Goreng Bawang Putih Dan Udang

Bahan-bahan:


  • 4-5 pokok baby kailan- cuci bersih
  • ½ biji lobak merah – dipotong
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • ¼ biji bawang besar – dihiris
  • 13-15 ekor udang – saiz sederhana
  • 1 batang cili merah – dipotong
  • Minyak masak

Bahan sos:

  • 1sdb sos tiram
  • 1sdb kicap cair
  • 1sdb sos ikan
  • 1sdb gula
  • 1sdb serbuk perasa/MSG

* Campurkan kesemua sos ini dalam satu mangkuk


Cara-cara memasak:

1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga warna keperangan. Asingkan ketepi.

2. Kemudian tumiskan bawang merah pula bersama dengan udang. Masakkan kedua-duanya sekejap.

3. Selepas tu masukkan baby kailan, lobak merah, cili merah dan campuran bahan sos tadi.

4. Kacau sehingga sebati dan biarkan sayur layu dan lobak merah lembut sedikit. Tak perlu lama sangat sebab lobak merah lagi sedap kalau ada rasa crunchy sikit.

5. Dah masak tu, boleh padamkan api.

6. Angkat ke dalam pinggan dan taburkan bawang putih yang ditumis tadi. Sedia untuk dihidang.



Sekejap je masak sayuran ni rupanya. Tak sampai 15 minit pun dah siap. Sebab sayuran dan udang ni sebenarnya benda yang tak perlu dimasak lama-lama pun. Itu yang buatkan sedap.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN