Lauk ni sesuai di jadikan lauk makan tengahari atau malam. Di hidangan dengan telur dadar, sayur dan nasi putih panas-panas boleh terangkat di buatnya!
Lauk ni juga boleh di pedaskan ikut cita rasa masing-masing. Korang nak pedas, korang letak je cili lebih. Tak nak pun, korang boleh kurangkan.
Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!
Resepi ni memang kena pedas, barulah sedap nak makan nanti. Korang boleh tengok cara masak yang ada kat dalam gambar. Cili padi tu kalau nak sedap, korang kisar guna chopper je.
So, tak terlalu hancur. Kalau tumbuk lagi pedas kan. Ha, boleh copper je mudah. Jiran pun tak dengar korang ketuk batu lesung.
Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Noratiqah Nordin ni. Confirm menjadi! Tapi korang boleh juga adjust nak berkuah ke tak. Kalau nak berkuah korang letar je air nanti. Jangan banjir sangat pula ye.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Kisar atau bahan bertanda * sehingga halus dan menjadi bumbuk.
2. Kemudian, panaskan kuali dan goreng ayam hingga separuh masak. Jangan garing kerana isi ayam akan jadi keras.
3. Pakai minyak yang sama, kurangkan jika minyak terlampau masak. Tumis bahan yang dikisar atau tumbuk tadi.
3. Masukkan serai yang sudah diketuk. Kemudian masukkan daun limau purut.
4. Masukkan pula ayam yang sudah dimasak separuh.
5. Selepas itu, masukkan sos tiram dan garam secukupnya. Letak sedikit gula untuk bagi rasa lauk sebati.
6. Jika ingin berkuah, boleh letakkan sedikit air. Siap untuk dihidang.
Korang yang duduk bujang tu dah boleh try masak lauk ni. Bagi pedas sikit, barulah syok nak makan.
Duduk sorang bolehlah bagi pedas kan. Kalau ada anak-anak kena control pedas tu, tak pun kena masak lauk lain pula.
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Sumber: Noratiqah Nordin
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…