Setiap kali ke pasar malam, pasti anak-anak akan minta untuk belikan ayam percik buat mereka. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga sukakannya.
Ia merupakan makanan yang menggunakan daging ayam yang dibakar, kemudian ia dilumurkan dengan kuah percik. Enak dimakan terutama ketika masih panas.
Hidangan ini ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.
Perkongsian resipi daripada seorang guru bernama Cikgu Hafiz Zainun di Facebook ini memang memikat selera. Beliau juga bagitahu tips menarik untuk tambah kesedapannya.
Baca juga: Jom Cuba Resepi Ayam Percik Paling Power & Terlajak Sedap, Tengok Pun Dah Terliur
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tumis semua bahan tu atas api yang kecil (jangan lupa kisar sampai halus dulu). Tambah gula and garam ikut rasa yang anda nak.
2. Asam keping (yang ni jangan kisar pula) masak dengan kuah tadi. Angkat bila kemasaman dah menepati cita rasa korang.
3. Masak sehingga sedikit pekat.
4. Lumurkan kuah tadi tu dekat ayam (perapkan, lagi lama perap lagi padu).
5. Masa bakar, anda bakar dan selang seli lumurkan lebihan kuah diatas ayam. Lagi banyak kali anda ulang langkah ini, lagi bertambah sedap.
Diingatkan bahawa resipi ini untuk seekor ayam. Jika anda nak buat dua ekor, boleh gandakan bahan di atas ya.
Dah biasa sangat beli di pasar malam, kali ini mak-mak boleh buat sendiri sebagai santapan keluarga tersayang di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Cikgu Hafiz Zainun
Baca juga: Ayam Percik Kuning Ala Terengganu, Resipi Ringkas & Mudah Tanpa 2 Kali Bakar
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…