ayam masak woku

Selain ayam penyet, bakso dan nasi padang, ayam masak woku juga merupakan salah satu masakan terkenal yang berasal dari Indonesia.

Menu ini juga turut digemari oleh rakyat Malaysia disebabkan oleh rasanya yang cukup lengkap dengan masam, manis dan pedas.

Sekali cuba resipi ini pasti akan teringat-ingat, kecur air liur dibuatnya! Jadi, apa kata jom kita tukar selera 

Baca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam

RESEPI AYAM MASAK WOKU

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • 2 biji buah keras

Cara memasak:

1. Potong ayam, cuci bersih dan perap dengan limau nipis selama 30 minit. Perap di dalam peti ais.

2. Kemudian toskan air limau nipis dan cuci bersih.

3. Gaul dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

4. Guna minyak bekas goreng ayam tadi, tumis bahan-bahan kisar yang sudah dikisar serta serai. Tumis sehingga wangi.

5. Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau sebati.

6. Campakkan juga daun kemangi dan daun limau purut.

7. Akhir sekali, perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam secukupnya.

8. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ayam masak woku

Kredit resipi dan gambar: Koleksi Resepi Mudah dan Sedap

Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN