Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Sos, Kuah Pedas Manis, Memang Lauk Sempoi!

Lauk yang paling sempoi boleh dimakan bila-bila masa adalah ayam masak sos ini. Bukan sekadar lauk yang mudah bahkan, bahan asas juga tidak rumit.

Jika sekali pandang, lauk ini sama seperti ayam masak merah tetapi rasanya sedikit lain. Kalau anda buat lauk sampingan seperti ikan masin, telur dadar mahupun telur masin memang akan berselera dibuatnya.

Jom kita baca resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Terung Tumis Kicap Manis Bersama Tauhu Telur, Licin Pinggan Makan

RESIPI AYAM MASAK SOS

Bahan-bahan Utama:

  • 1 ekor ayam
  • Air garam (1 sudu besar garam).
  • 3 biji bawang merah saiz sederhana.
  • 7 ulas bawang putih.
  • 2 batang serai, diketuk.
  • 2 inci halia.
  • 2 senduk cili kisar.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 5 sudu besar sos tomato.
  • 5 sudu besar sos cili.
  • Garam dan gula Melaka secukup rasa (boleh guna gula biasa jika tiada gula Melaka).

Langkah-langkah Penyediaan:

1. Potong ayam kepada 16 bahagian dan rendam dalam air garam selama 1 jam. Teknik ini membantu memastikan ayam yang digoreng nanti kekal lembut dan juicy, walaupun bahagian yang tebal.

2. Setelah sejam merendam ayam, buang air garam tersebut dan bilas ayam. Kemudian perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.

3. Kisar 3 biji bawang merah dan 7 ulas bawang putih. Ketuk serai dan halia.

4. Gunakan minyak lebihan dari menggoreng ayam tadi, tumis halia, serai, dan bahan kisar hingga naik bau wangi.

5. Masukkan 2 senduk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

6. Selepas cili telah masak, masukkan 3 sudu besar sos tiram, 5 sudu besar sos tomato, dan 5 sudu besar sos cili. Tumis sehingga sebati.

7. Jika mahu sedikit kuah, anda boleh tambahkan sedikit air.

8. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga ayam disalut sepenuhnya dengan sos.

9. Tambahkan garam dan gula Melaka secukup rasa. Jika tiada gula Melaka, gunakan sahaja gula biasa.

10. Tutup kuali dan biarkan ayam masak bersama sos selama lebih kurang 10 minit.

11. Setelah 10 minit, buka penutup kuali dan rasa kuahnya. Jika rasanya sudah sempurna, tutup api.

Sumber: Syalfarina Razali

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago