ayam masak serai thai

Setiap kali ada stok ayam di dapur, pasti ramai yang teringin cuba buat hidangan yang luar biasa seperti Ayam Masak Serai Thai.

Ayam Masak Serai Thai ini merupakan hidangan lauk yang cukup popular di Thailand, kini orang Malaysia pula mencubanya dan ternyata ia sungguh sedap.

Resipi yang dikongsikan oleh seseorang yang dikenali sebagai Priti Agli di Facebook nampak sangat mudah dan menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!

RESIPI AYAM MASAK SERAI THAI

ayam masak serai thai

Bahan-bahan:

  • 6 kepak ayam (potong buang hujung sayap)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (buang tengahnya, gunting halus)
  • 1 sudu makan sos seafood
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Gula secukupnya
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji limau kasturi (ambil jusnya)

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan ayam bersama kunyit dan garam. Goreng sampai masak tapi jangan terlalu garing, kemudian angkat dan toskan.

2. Selepas itu, asingkan lebihan minyak goreng ayam tadi. Guna sedikit minyak saja untuk tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan serai dan daun limau purut, kemudian kacau rata dan masukkan kiub ayam.

4. Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi. kemudian kacau rata.

ayam masak serai thai

5. Seterusnya, masukkan ayam goreng tadi. Tambahkan ½ cawan air, masak lagi sampai pecah minyak, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

Sudah selalu masak ayam secara biasa, hari ini boleh cuba resipi dari negara jiran pula yang mempunyai aroma yang sangat memikat selera.

Bukan setakatnya caranya mudah, malah Ayam Masak Serai Thai ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Nak buat untuk lauk kenduri atau jamuan pun boleh sangat.

Selamat mencuba!

Sumber: Priti Agli

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN