Rupanya tak susah pun nak cara buat ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan.
Walaupun ada yang kata, “saya masak macam ni. Saya lagi suka masak macam ni.” Tidak mengapa, cara masakan setiap orang adalah berbeza.
Kalau ada yang nak cuba cara masakan seperti di bawah, ikut saja resipi di bawah. Semoga bermanfaat!
Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Negeri Sembilan’
Bahan utama:
- Ayam
- Cili api
- Serai
- Kunyit
- Santan
- Asam keping
- Garam kasar
Cara-cara:
- Dalam kuali, masukkan ayam. Keringkan air ayam terlebih dahulu.
- Kisar halus cili api, kunyit dan sedikit air. Letakkan juga serai yang diketuk.
- Tuangkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi. Keringkan air cili api dan kunyit yang telah dikisar tadi.
- Tuangkan air secukupnya. Kalau letak kentang, kena letak air banyak sikit.
- Letakkan santan mengikut selera. Jika suka pekat, lebihkan santan.
- Jika suka, boleh masukkan kentang. Jika suka boleh juga tambahkan rebung atau belimbing.
- Besarkan api sampai kuah menggelegak. Kemudian baru perlahan api sehingga kentang empuk.
- Letakkan garam secukupnya.
- Kacau sesekali, jangan sampai berkepul-kepul atas permukaan.
- Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping. Tunggu 5 sehingga 10 minit baru tutup api.
- Selamat mencuba!
Video penuh:
@sherazulkifly Lepas ni jgn lah ada lg yg melawan resipi asli org NEGERI SEMBILAN 😑 #SheraZulkifly #hello2023 #ayamcilipadi
Kredit: Tiktok sherazulkifly