Categories: Resipi

Ayam Masak Kicap Pedas, Puas Hati Kuah Pekat Likat & Cantik!

Ayam masak kicap pedas pekat ini merupakan hidangan yang pasti membuka selera, terutamanya jika dinikmati bersama nasi panas. Bagi mereka yang gemarkan makanan pedas dan pekat, resipi ini pasti tidak mengecewakan.

Anda disarankan untuk menggunakan kicap pekat yang berkualiti kerana ia akan memberi kesan kepada rasa dan warna hidangan nanti.

Selain itu, anda juga boleh menyesuaikan rasa manis dan pedas pada hidangan mengikut selera sendiri.

Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca lagi: Baby Kailan Goreng Bersama Bawang Putih Dan Udang, Bertambah Nasi Dibuatnya!

RESIPI AYAM MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Cili kisar – 8 sudu besar
  • Ubi kentang – 1 biji
  • Serai – 1 batang
  • Rempah sup – 1 sudu kecil
  • Tomato – 1 biji
  • Bawang merah – 1 biji
  • Cili merah – 1 batang
  • Cili hijau – 1 batang
  • Air asam jawa – 1 sudu kecil asam jawa dicampur dengan 1 cawan air
  • Kicap manis – ½ cawan
  • Gula – secukup rasa
  • Kiub ayam – 1 kiub

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ubi kentang sehingga keperangan. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, gorengkan ayam sehingga masak dan keperangan. Angkat ayam dan ketepikan.

3. Keluarkan sedikit minyak dari kuali tadi, tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis.

4. Tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau wangi.

5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili pecah minyak. Pastikan cili dimasak sempurna supaya hilang rasa mentah.

6. Setelah cili masak, masukkan rempah sup, kicap manis, gula, dan air asam jawa. Gaulkan bahan-bahan tersebut dan biarkan masak seketika supaya rempah sebati dan pekat.

7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama ubi kentang.

8. Tambahkan bawang merah, cili merah, cili hijau, dan tomato. Gaul rata sehingga semua bahan menyerap rempah dengan baik dan kuah menjadi pekat.

9. Setelah semuanya sebati dan masak dengan sempurna, angkat ayam masak kicap pedas pekat anda. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Nurul Ateekah

Baca lagi: Cara Buat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago