Ayam Goreng Ala Upin Ipin

Jom buat ayam goreng ala Upin Ipin. Anak-anak mesti teruja nak makan sebab dapat makan hidangan yang sama macam itu.

Ada rahsia bancuhan tepung rupanya untuk dapatkan tekstur kulit ayam yang rangup dan isinya yang juicy di dalam.

Baca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini

Ikuti resipi dari perkongsian Encik Jimmy Aisy dari laman Facebook ini. 


RESIPI AYAM GORENG ALA UPIN IPIN

Bahan-bahan:

6-7 ketul paha ayam 
4 ulas bawang putih di tumbuk halus
1/2 inci halia di tumbuk halus

*gaul ayam dengan dua bahan ini dan letak tepi dulu

Bahan bancuhan tepung:

3 sudu makan tepung gandum
2 Sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil white pepper
1 sudu kecil black peppercorns
1 sudu kecil ketumbar *
1 sudu kecil jintan manis *
2 sudu kecil jintan putih *
Pink Salt Himalayan secukup rasa 
Perasa secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan kesemua tepung dalam satu bekas dan gaulkan sehingga rata,, sangai bahan yg bertanda * dan kisar halus .

2. Masukkan kedalam tepung dan gaul rata, kemudian masukkan baking powder, garam, perasa, white pepper dan black peppercorns. Gaul rata.

3. Jika nak pedas boleh tambah chilli powder. Tak perlu salut dengan telur sebab dah ada tepung ubi dan baking powder jadi tepung tak akan gugur. Ikut je arahan ini.

4. Ambil sesudu makan tepung yang dah di bancuh dengan bumbu kemudian gaul dengan paha ayam. Biar basah sedikit, lepas itu baru gaul dengan tepung yang banyak dan salut rata.

5. Pastikan guna minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Minyak kena betul-betul panas, baru tepung terus lekat, api kena perlahan supaya bahagian dalam ayam masak, kemudian goreng dalam 8 ke 10 minit, jadi 4 minit satu side dan 4 minit lagi satu side.

6. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

ayam goreng ala upin ipin


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Sup Ayam Tumis Darat 15 Minit Siap! Cara Paling SIMPLE Dan Senang Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN