ayam bakar blackpepper

Ada tak penggemar ayam bakar blackpepper dekat sini? Ha, hari ini penulis nak ajak korang semua untuk cuba resipi ala-ala Dave’s Deli punya. Sekali buat mesti repeat satu keluarga nak makan.

Resipi ini pun mudah dan ringkas sahaja nak buat. Hanya gunakan 9 bahan sahaja kemudian perap dan bakar. Sekali sekala makan western di rumah apa salahnya. Lagi berselera mereka nak makan.

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!

Jom ikut resipi dari perkongsian Fifi Rahmat dari Facebook ini. Perkongsian beliau telah mendapat banyak shares dari pengguna yang lain.


RESIPI AYAM BAKAR BLACKPEPPER ALA DAVE’S DELI

ayam bakar blackpepper

Bahan perap:

  • 1 ekor ayam – sudah dibersihkan
  • Sos tiram
  • Kicap lemak manis
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kiub pati  ayam
  • Garam
  • Gula 
  • Oregano

Bahan sos blackpepper:

  • Sos lada hitam
  • Susu segar
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaannya:

1. Perap kesemua bahan diatas kira-kira 2 hingga 3 jam. Nak perap semalaman pun tiada masalah, lagi sedap. 

2. Selepas perap, kukuskan ayam tersebut kira-kira 1 jam 3 minit. Kukus dengan api perlahan supaya daging ayam tersebut lembut.

3. Dah siap kukus, angkat dan ketepikan. 

4. Untuk sos blackpepper pula, campurkan sos lada hitam bersama susu segar.

5. Masak sos tersebut hingga sebati. Perasakan ia dengan gula dan garam.

6. Selepas siap, sapukan sos blackpepper tersebut ke atas ayam. Siap untuk dihidang!


Mudah je kan! Tak susah mana pun. Anak-anak pun bertambah nak makan sebab tak pedas. Yang penting juicy sangat rasa ayam tu.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN