beli barang dapur

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tiada batasnya. Pengorbanan mereka dalam membesarkan anak tidak dapat diukur dengan harta. Ada ibu bapa yang masih memberi kasih sayang kepada anak, seperti beli barang dapur walaupun anak sudah berumah tangga.

Baca juga: ‘Baru Aku Tahu..’ – Netizen Terkejut Rupanya Uncang Teh Bertali Boleh Dipotong Dua

Beli Barang Dapur Meski Anak Dah Kahwin, Kasih Ayah Menyentuh Hati

Seperti yang dialami oleh seorang wanita apabila ayahnya masih menunjukkan perhatian dengan menghantar barang dapur ke rumahnya. Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @fyfa09, ayahnya dilihat membawa baldi penuh barang basah seperti udang, ayam, dan sayuran, manakala adiknya membawa barang kering seperti sos tiram, beras dan sebagainya.

Wanita itu juga menambah bahawa ayahnya turut memberikan layanan yang sama kepada adik-beradiknya yang lain. Kadangkala dia menerima duit belanja antara RM50 hingga RM100 daripada ayahnya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terharu dengan layanan yang diberikan seorang bapa kepada anaknya. Malah, ada yang merasa sedih kerana tidak dapat merasakan kasih sayang sebegitu, disebabkan bapa mereka telah tiada.

Berikut adalah beberapa komen daripada pengguna TikTok:

“Untungnya sis..”

“Macam mak mentua saya..”

Video penuh:

@fyfa09

Siapa ada ayah suka beli ke kita walaupun dah jadi isteri🥹, sebaldi dua ayah i mai hantar💓🫂 #dad #fyp #funnyvideos

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Sumber: TikTok @fyfa09

Baca juga: ‘Melawan Hukum Buka Durian’ – Netizen Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN