Seorang pengguna laman sosial Facebook, Dina Amalia berkongsikan resipi asam pedas Johor. Menurutnya, beliau gigih mempelajari resipi tersebut supaya hasilnya sama seperti makan di Johor.
Jika sebelum ini asyik makan di kedai saja, sekarang boleh masak sendiri di rumah pada bila-bila masa sahaja. Masak sendiri juga dijamin lebih jimat dan kebersihan terjaga.
Jika ada yang mahu belajar cara memasak asam pedas Johor, ikuti saja resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa
Bahan kisar halus:
Bahan-bahan lain:
Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak. Pastikan guna minyak banyak supaya masak cantik.
2. Selepas dah pecah minyak elok, masukkan 1 bahagian daun kesum tadi.
3. Letakkan juga air mengikut kepekatan yang disukai beserta pes asam jawa.
4. Kemudian boleh masukkan ikan, tunggu sehingga mendidih dan ikan mula masak.
5. Perasakan dengan garam secukupnya.
6. Seterusnya masukkan pula bendi dan daun kesum. Biarkan menggelegak seketika supaya bendi lembut.
7. Akhir sekali masukkan tomato.
8. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Dina Amalia Nordin
Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…