apam johol

Orang Negeri Sembilan cukup bangga dengan Apam Johol atau dikenali juga sebagai apam daun rambai yang merupakan kuih tradisional di sana.

Apa yang membuatkan Apam Johol ini menarik berbanding apam lain adalah proses pembuatannya yang menggunakan daun rambai.

Kuih ini dibalut dengan daun rambai untuk mengekalkan aroma apabila dikukus. Kadangkala, ia dimakan bersama rendang, sambal tumis dan bubur kacang.

Apam Johol dikatakan berasal dari Johol, salah satu bandar di Negeri Sembilan kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di kawasan ini.

Nak tahu bagaimana rasanya, anda boleh cuba resipi Apam Johol yang dikongsikan oleh Ummi Lynn Hassan di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut

RESIPI APAM JOHOL

apam johol

Bahan-bahan:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ¾ cawan gula merah
  • ¼ cawan gula pasir
  • 1 sudu besar yis kering (mauripan)
  • 1 ¼ cawan air
  • 2 sudu besar marjerin
  • Daun rambai secukupnya untuk membungkus (jika tiada, boleh tukar kepada daun pisang)
  • Sedikit minyak
  • Air

Cara-cara:

1. Mula-mula, cairkan marjerin dan biarkan ia sejuk, kemudian larutkan gula merah bersama air dan tapis.

2. Di dalam besen besar, satukan tepung, gula pasir dan yis, kemudian tuang air gula merah dan sebatikan.

3. Masukkan marjerin cair dan gaul sebatikan lagi, kemudian perap 3 jam sehingga ia kembang.

4. Sapu sedikit minyak pada daun rambai untuk membungkus, sudukan ¾ adunan yang diperap tadi ke atas daun rambai, kemudian balut.

5. Setelah itu, masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak sekitar 20 minit. Siap untuk dihidang!

apam johol

Hasilnya yang gebu dan merekah menjadikan Apam Johol menarik perhatian ramai untuk memakannya. Selain itu, aromanya juga cukup memikat selera.

Jangan lupa untuk kongsikan resipi kuih tradisional yang popular di Negeri Sembilan ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Ummi Lynn Hassan

Baca juga: Kuih Apam Mekar Anti Gagal, Ini Rahsia Jadikan Hasil Kembang Cantik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN