PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-08 06:22:16

Setiap kali fikir tentang pemakanan anak-anak, pasti ibu-ibu sudah faham kerenah mereka yang tidak sukakan sayuran. Bermacam-macam alasan yang mereka buat semata-mata untuk mengelak dari memakan sayuran. Betul tak? Haa apa kata ibu-ibu cuba resipi Makaroni Salad yang dikongsikan daripada Wan Muhammad Hafiz Satar daripada laman Facebook. Memang sedap! Pasti anak-anak akan sukakan menu ini. Jom cuba!


Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

Bahan-bahan:

  • Sepaket Macaroni
  • 4-5 Biji Kentang (Potong dadu)
  • 1-2 Biji Lobak Merah (Potong dadu)
  • 4-5 Ketul Sosej (potong)
  • 1 Biji Bawang Holland (potong dadu)
  • Broccoli
  • 1 tin susu cair atau fresh milk
  • Mayonis secukupnya
  • Garam
  • Mixed herbs
  • Chili flake

Cara-caranya:

  1. Rebuskan macaroni bersama kentang, lobak merah dan sosej yang telah disediakan terlebih dahulu kemudian toskan.


    Kredit: WikiHow
     

  2. Ambil beberapa sudu mayonis dan letakkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan sedikit susu cair lalu gaulkan. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan sedikit susu cair.
     
  3. Selepas itu, masukkan garam lalu gaulkan bersama makaroni, sosej, kentang yang telah direbus tadi.


    Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar
     

  4. Kemudian, masuk brokoli, bawang holland dan lobak merah. Gaul semua bahan sehingga sebati.
     
  5. Akhir sekali, taburkan mixed herbs dan cili flakes untuk menambahkan lagi rasa yang enak.


    Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

Siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN