air rebusan udang

Kalau selalu masak tomyam atau sup seafood di rumah, wajib cuba buat air rebusan udang homemade ini. Ramai tak tahu sebenarnya kulit udang yang selalu dibuang boleh dijadikan stok udang yang buat kuah jadi lebih pekat, manis dan penuh rasa ‘umami’ semula jadi.

Kadang-kadang bila masak tomyam, rasa kuah macam tak cukup ‘kick’ walaupun dah letak pes dan perencah macam-macam. Sebenarnya salah satu rahsianya ialah penggunaan stok udangyang direbus daripada kulit udang. Lagi lama direnih, lagi keluar rasa manis udang yang sedap.

Cara nak buat pun mudah sangat dan tak guna banyak bahan. Kalau ada lebihan kulit udang lepas siang udang tu, jangan terus buang. Simpan dan buat ‘prawn broth homemade’ macam ni. Boleh simpan dalam peti ais atau frozen untuk kegunaan masak lain juga.

Baca juga: Resipi Tomyam Cara Original Orang Thai, Bila Hirup Terus Rasa Macam Di Bangkok!

CARA BUAT STOK AIR REBUSAN UDANG

air rebusan udang

Bahan-bahan:

  • Kulit udang secukupnya
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit minyak masak
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Masukkan kulit udang, bawang putih dan bawang besar. Goreng lebih kurang 5 minit hingga naik bau wangi. Pastikan kulit udang tidak terlalu basah supaya hasilnya lebih harum dan sedap.
  3. Tuang air sehingga menutupi semua kulit udang.
  4. Kecilkan api dan biarkan mereneh selama 30 hingga 40 minit bergantung pada banyak mana kulit udang yang digunakan.
  5. Selepas itu, angkat kulit udang dan masukkan sedikit air rebusan tadi ke dalam blender. Kisar hingga halus.
  6. Tapis semula bahan kisar tadi ke dalam kuah rebusan untuk dapatkan stok udang yang lebih pekat dan ‘kaw’.
  7. Siap! Boleh terus guna dalam tomyam, sup seafood, mee udang atau apa saja masakan berasaskan seafood.

Sumber: Thread @spamsbybcfu

Baca juga: Udang Masak Sambal Nampak Kecut? Chef Ini Kongsi Petua Siang Supaya Nampak ‘Gemuk’ & Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN