Ada hadapi masalah haid tidak teratur? Jom amalkan air kunyit asam jawa ini. Bukan sahaja bagus untuk melancarkan haid, malah ada banyak kelebihan lain jika mengamalkan minuman ini.
Wajah akan lebih bersih, memberikan tenaga, awet muda dan banyak lagi. Tetapi jangan amal minum setiap hari kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.
Jadi tidak ada salahnya jika kita amalkan cara tradisional selain dari berjumpa doktor untuk mengesan punca haid tidak teratur. Kalau nak tahu cara membuat air kunyit asam jawa ini, jom baca perkongsian oleh Lyndah Abraham di bawah.
Air Kunyit Asam Jawa
Nak period lawas..nak period lancar? Amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari-hari seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya. Selain dari jamu boleh amalkan, Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita.
Bahan-bahan:
- Kunyit hidup 1 inci
- Halia 1 inci
- Asam jawa 1 sudu makan
- Garam secubit
- Air suam 1 cawan
Cara-cara:
2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
3. Tapis air kunyit asam kedalam cawan tadi.
4. Sedia untuk di minum. Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid).
5. Tak perlu rebus, kalau nak rebus boleh je. Tapi mak kita cakap khasiat tak sama.
AMARAN: Dinasihatkan supaya tidak di amalankn setiap hari kerana kunyit bersifat mengeringkn darah haid, jadi boleh mempercepatkan pra menopause.
Khasiat air kunyit asam jawa:
- Melancarkan darah haid atau nifas.
- Melawaskan pembuangan bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit. Bagi berpantang boleh amalkan selama 3 hari berturut-turut.
- Menaikkan seri wajah.
- Mencantikkn tubuh.
- Menyihatkan tubuh.
- Memberi tenaga.
- Awet muda jika diamalkan.
Kredit: Lyndah Abraham