Buah rambutan sedap dimakan begitu sahaja. Namun, buat mereka yang ada pokok rambutan pasti akan ada timbunan buah rambutan yang tidak terusik.
Oleh itu, apa kata jom cuba buat minuman berasaskan isi rambutan yang mengegarkan ini. Barulah rambutan yang banyak itu tidak membazir.
Sesuai dinikmati ketika cuaca panas terik seperti sekarang, memang sangat menyegarkan! Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah.
Jom lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan oleh Puan Azizah Ibrahim di bawah.
Baca juga: Cara Buat Jelly Rambutan Yang Segar, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!
CARA BUAT AIR BUAH RAMBUTAN
Bahan-bahan:
- Isi rambutan
- Air perahan limau nipis (pakai limau kasturi lebih wangi)
- Gula secukup rasa
- Daun pudina (optional)
- Ais
- Air kosong
Cara-cara:
1. Bancuh air perahan limau nipis dengan gula dan air. Kacau sehingga gula larut.
2. Kemudian, letakkan isi rambutan dan daun pudina.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk biarkan semua bahan sebati dan mesra.
4. Selepas itu, masukkan bancuhan air ke dalam gelas.
5. Letakkan ais dan sedia untuk dihidangkan. Rasa masam manis dan sangat segar.
6. Sekamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azizah Ibrahim
Baca juga: Cara Buat Jeruk Rambutan, Warisan Nenek Moyang Yang Sudah Makin Dilupakan
Baca juga: Resipi Rambutan Asam Boi Yang Pedas Masam Manis, Perap 1 Jam Dah Boleh Makan!