Ada tak penggemar agar-agar kat sini? Kalau ada apa kata korang cuba resipi Agar-agar Lumut Santan Gula Merah. Bulan puasa ni, memang seronok dapat berbuka dengan hidangan manis sejuk macam ini.
Agar-agar ni boleh dibuat dengan menggunakan 2 jenis agar-agar iaitu agar-agar tali dan agar-agar serbuk. Kuih ni juga boleh dibuat dengan pelbagai perisa seperti, agar-agar pandan, gula merah, agar-agar buah dan macam-macam lagi.
Baca juga: Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!
Untuk resipi ini, kita akan menggunakan agar-agar tali dan gula merah sebagai bahan utamanya. Kuih agar-agar ni sangat sedap di makan sejuk-sejuk. Tapi, ada juga sesetengah orang yang suka makan agar-agar tapi hanya di makan di bahagian atasnya sahaja.
Kuih ni juga sesuai di jadikan pemanis mulut untuk majlis-majlis terbuka seperti majlis berbuka puasa, kenduri kendara dan majlis-majlis rasmi. Memandangkan agar-agar ini dah manis, korang boleh kurangkan kuantiti gula putih. Takut manis sangat pula jadinya.
Agar-agar lumut santan gula merah ini kita akan kongsikan resipi dari Cik Puan Norul Ashikin Osman yang telah dikongsikan menerusi laman Facebook. Memang ramai yang menggemarinya, jom tengok cara-caranya.
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
1. Mula-mula, masukkan bahan air, gula melaka, gula putih dan pandan. Masak sehingga gulanya cair. Kemudian, tapiskan.
2. Selepas itu, potong agar-agar tali secara pendek dan masukkan ke dalam gula yang telah dicairkan tadi. Panaskan semula.
3. Dalam bekas lain satukan santan dan telur. Kemudian, kacau-kacau lepas tu tuang dalam periuk.
4. Masak kira-kira dalam 5 minit dengan api perlahan.
5. Lepas tu kuatkan api supaya masakannaik buih dan terus tutup api.
6. Tuang dalam loyang dan sejukkan. Kemudian, boleh dipotong.
Siap untuk dihidang! Sebelum nak hidang atau nak makan, agar-agar ni lebih sedap kalau di biarkan sejuk dahulu di dalam peti.
Confirm laju je habis nanti. Resipi ni mudah nak jadi, yang penting follow betul-betul! Nampak menarikkan hasilnya. Nampak ala-ala lumut je bahagian atas tu.
Selamat mencuba.
Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…