nasi impit

Nasi impit atau ketupat nasi antara juadah yang wajib ada semasa Hari Raya Aidilfitri. Biasanya akan dimakan dengan kuah kacang, rendang dan sebagainya.

Namun begitu, pasti ramai yang berdepan dengan masalah ketupat nasi cepat basi kan? Kadang-kadang baru rebus 2 hari, tengok-tengok dah basi dan berair!

Oleh itu, Jom MyResipi kongsikan beberapa teknik agar ketupat nasi tahan lebih lama sehingga 4 hari. Memang dijamin berkesan!

Baca juga: Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!

7 PETUA NASI IMPIT TAHAN LAMA

1. BASUH BERSIH BERAS

Pertama sekali, basuh beras sehingga bersih. Kalau guna ketupat nasi instant, basuh juga peket itu kerana air akan masuk ke dalam lubang yang ada pada peket tersebut.

Ulang basuhan sebanyak 2 hingga 3 kali sehingga airnya jernih. Kemudian, baru sedia untuk direbus.

2. LETAK SEDIKIT GARAM

Semasa mahu merebus, rebus seperti biasa dengan meletakkan air sehingga menutupi kesuluruhan ketupat nasi .

Salah satu petua ketupat nasi tahan lama adalah dengan menaburkan sedikit garam semasa merebus.

Kalau mahu menghasilkan ketupat nasi yang wangi, tambahkan daun pandan ke dalam rebusan.

3. GUNA ASAM GELUGUR/LIMAU KASTURI

Cara ini sering digunakan oleh orang dulu-dulu iaitu dengan memasukkan sekeping atau dua keping asam gelugur semasa merebus ketupat nasi.

Jika tak ada asam gelugur, boleh gantikan dengan limau kasturi.

Kedua-dua cara ini dikatakan boleh membuat nasi impit tahan lebih lama.

4. TEMPOH MEREBUS

Tempoh merebus biasanya bergantung pada saiz ketupat nasi atau kuantitinya. Sebaiknya, rebus sedikit lama untuk pastikan beras di dalamnya masak sepenuhnya.

Ramai yang merebus selama 2 jam untuk pastikan ketupat nasi betul-betul masak. Yang rebus sampai 3 hingga 4 jam pun ada!

5. TOS SEHINGGA KERING

Apabila ketupat nasi sudah masak sepenuhnya, angkat dan toskan sehingga betul-betul kering. Ada orang letak bawah kipas supaya berangin dan cepat kerig,

Kalau ikut petua orang lama, mereka akan menggantung ketupat yang telah dimasak supaya airnya keluar. Barulah tak cepat berair dan lambat basi!

6. SIMPAN DALAM FREEZER

Ada satu lagi cara untuk pastikan nasi impit tahan lama adalah dengan menyimpan ke dalam freezer.

Simpan dalam bekas bertutup yang kedap udara supaya tak ada bau-bauan dari peti sejuk menyerap masuk ke dalam nasi impit.

Bila nak makan, baru ambil dan kukuskan supaya panas dan lembut. Barulah sedap!

7. POTONG HANYA BILA NAK MAKAN

Nasi impit yang telah dipotong lebih cepat berair dan basi. Jadi, pastikan hanya potong nasi impit bila mahu dimakan.

Waktu memotong, seeloknya memakai sarung tangan atau plastik. Pastikan juga pisau benar-benar kering dan bersih.

Kredit: Sirap Limau

Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN